Bohong

Saya bangkit dalam Parlimen pagi ini ketika LGE ada dalam dewan untuk meminta petua speaker terhadap pembohongan LGE berhubung royalti petroleum yang kononnya sudah dibayar kepada kerajaan negeri padahal ianya adalah bohong.

Kenyataan bohong beliau dibuat di luar dewan semalam. Adakah sengaja dibuat di luar agar tidak terikat dengan peraturan dewan 36(12) yang menghalang Ahli mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan?

Saya meminta petua speaker untuk situasi ini, speaker menyatakan tidak boleh ambil tindakan kerana kenyataannya di luar dewan.

Saya katakan kalau beliau boleh menggunakan peraturan mesyuarat 36(6) terhadap MP Batang Sadong yang kononnya telah memfitnah beliau dalam ucapan perbahasan semalam, mengapa tidak beliau menggunakan peraturan mesyuarat yang sama terhadap saya kerana hujahan semalam yang saya sebut bahawa royalti tidak dibayar kepada Kelantan.

Justeru itu Saya ulangi lagi dalam Parlimen hari ini bahawa beliau telah berbohong.

Beliau langsung tidak bantah hujahan saya. Pada hemat saya jelas dan terang beliau telah berbohong. Tambahan pula Dun Kelantan hari ini mengusulkan pengzahiran dukacita atas kenyataan bohong beliau semalam.

Catatan Parlimen jam 12.40 tghari 15/10/19
Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Phd.

Kebiadaban DAP.
Muzium Kebudayaan Komik Asia di KOMTAR yang dibiayai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di mana bossnya adalah Superman Hew Kuan Yau, sedang menyebarkan komik propaganda kepada sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Propaganda dalam komik ini mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis.
Adakah ini dasar pendidikan #MalaysiaBharu ?

LTTE.

Senarai Kejahatan dan Keganasan LTTE Kepada Umat Islam Sri Lanka

  1. Tragedi pembunuhan besar besaran di Masjid Kattankudy – mengorbankan 147 orang Islam pada 3hb Ogos 1990. 30 orang Militia Tiger menyerbu masuk ke empat buah masjid di Kattankudy di saat lebih 300 orang Islam sedang solat Isya’.
  2. Pembunuhan kejam di Palliyagodella – LTTE menyerang kampung muslim. 285 orang majoritinya wanita dan anak anak kecil telah dibunuh.
  3. Tarikh 23hb Julai 1990 – pembunuhan oleh LTTE di Kg Veeracholai. Seramai lapan orang Islam mati dan mayatnya digantung di pokok.
  4. Tarikh 30 Julai, LTTE telah menembak maut 14 muslim dalam bandar Akkaraipattu Batticaloa.
  5. Tarikh 5hb Ogos di Mulliyankadu Ampara – LTTE membunuh 17 petani muslim yang sedang bersawah padi.
  6. Seminggu berikutnya (12 Ogos) – Kampung Satham Hussain Eravur puak LTTE membunuh 121 orang Islam dan mencederakan 20 yang lain.
  7. Keesokan harinya LTTE bergerak ke Kampung Awarantalawa Vavuniya membunuh sembilan orang Islam dan seorang bangsa Sinhalese. Manakala di Poonani, Batticaloa mereka membunuh pula tujuh orang kampung Islam.
  8. Antara kemuncak kejahatan LTTE adalah pada Oktober 1990 di Jaffna, Kilinochchi, Mullaittivu dan Mannar iaitu utara pulau ini yang mana dalam masa 48 jam sahaja mereka menghalau 80,000 orang Islam dan mereka dibenarkan membawa bersama hanya 150 rupees ataupun RM3 sahaja! Anak anak menangis kelaparan, tiada makanan, haus dahaga, tiada susu, yang sakit tiada ubat, tiada baju, tiada apa apa yang boleh dibawa dek kerana kegilaan LTTE mahu menguasai empat daerah ini.
  9. Pengeboman Pasar Ikan Bogamuyaya, Akkaraipattu – LTTE meletupkan pasar ini dan membunuh sembilan orang Islam dan mencederakan 32 yang lain. Ini berlaku pada 24hb Mac 1991.
  10. Petani dibunuh saban bulan. Antaranya pada 19hb Mei 1991 yang mana lima muslim diserang dan dibunuh ketika pulang dari sawah di Kg Erakkaman.
  11. Begitu juga kes yang berlaku sehari kemudian apabila sembilan orang Islam yang balik dari sawah dengan menaiki traktor, telah dibedil oleh LTTE di Malwatta.
  12. Dunia hanya mengetahui tentang kejahatan Israel yang menyembelih orang Islam Palestin. Rupa rupanya di Pudur, Jaffna pada 6hb Julai 1991 puak LTTE telah menyembelih sembilan muslim. Seterusnya mereka mengheret lapan lagi muslim ke tebing Sungai Mahaweli dan menyembelih semuanya!
  13. Memori pahit umat Islam Sri Lanka berterusan apabila pada 29hb April 1992 puak LTTE membunuh 69 orang Islam yang semuanya tiada kaitan bekerja sebagai polis, askar ataupun mana mana jabatan kerajaan di Sri Lanka. Mereka hanya rakyat biasa. Semuanya syahid termasuk 5 bayi!
  14. Pada 16 Mac 1994, mereka menyerang 10 bot menangkap ikan di Kudiramalai hingga membunuh 17 nelayan.
  15. Bulan Mei 1995 LTTE menyerang pula kampung nelayan di Kallarawa. Mereka heret isteri dan anak anak nelayan dan menembak mati semua 42 orang. Hal ini dilaporkan dalam akhbar Sundaytimes yang menyebut 12 wanita telah maut dan 8 anak anak kecil juga turut terbunuh.
  16. Tahun 1996, awal tahun tanggal 31 Januari, mereka menyerang Colombo Central Bank dan membunuh 90 pekerja bank serta pelanggan bank. Mereka cederakan pula 1,400 orang awam dalam serangan yang sama. Ia dilaporkan meluas oleh media antarabangsa.

Ini hanyalah secebis kisah kisah yang sempat dicoretkan kembali daripada ribuan serangan dan keganasan LTTE terhadap rakyat awam Sri Lanka dan juga kezaliman mereka secara khusus kepada orang Islam sepanjang kewujudan mereka di atas muka bumi ini. Ribuan kes, ribuan serangan dan ratusan ribu jiwa mati. Ini yang dinamakan perjuangan oleh Ramasamy?

Nazman Che Iberahim

Fitnah.

Dakwaan Fitnah Dalam Perbahasan: Ismail Sabri Gesa Guan Eng Tarik Balik

Dakwaan Fitnah Dalam Perbahasan: Ismail Sabri Gesa Guan Eng Tarik Balik

Ganggu Ketika Berbahas, Noh Bidas Ahli Parlimen Jelutong Bodoh

Ganggu Ketika Berbahas, Noh Bidas Ahli Parlimen Jelutong Bodoh

PH Tak Payahlah Sombong Sangat… Kalau Tak Tahu Tanya – Razali

PH Tak Payahlah Sombong Sangat… Kalau Tak Tahu Tanya – Razali

Belanjawan 2020 Hanya Permainkan Angka Kelirukan Rakyat – Dr Ahmad Zahid

Belanjawan 2020 Hanya Permainkan Angka Kelirukan Rakyat – Dr Ahmad Zahid

PRK Tg Piai: Rakyat Perlu Bangkit Tolak Rejim PH

PRK Tg Piai: Rakyat Perlu Bangkit Tolak Rejim PH

Janji Bulan Bintang, PH Menang Tapi FELDA Sampai Sekarang Tak Dapat Apa

Janji Bulan Bintang, PH Menang Tapi FELDA Sampai Sekarang Tak Dapat Apa

Daripada Fokus Isu Kashmir Dan Hong Kong, Lebih Baik PH Bawa Isu PTI

Daripada Fokus Isu Kashmir Dan Hong Kong, Lebih Baik PH Bawa Isu PTI

Usul Debat Melampau dan Tidak Sensitif, Beri Persepsi Salah – Khaled

Usul Debat Melampau dan Tidak Sensitif, Beri Persepsi Salah – Khaled

PENERANGAN UMNO MALAYSIA @ UMNO ONLINE

TH

Fb Najib Razak

Tahukah siapa yang bertanggung jawab atas kejatuhan nilai Tabung Haji sehingga kerajaan PH kata mereka perlu gunakan RM17.8 bilion untuk bail-out?

Saya kongsikan semula.

Sebenarnya, propaganda PH pada suku ke-4 tahun lepas untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kemusnahan kepada TH.

(Ini seperti langkah Guan Eng umumkan hutang Malaysia tiba-tiba jadi RM1 trilion yang menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.)

Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH bahawa TH dalam bahaya.

Menteri Jaga Agama pun menjadi “hero” masa itu untuk memburuk-burukkan situasi Tabung Haji – seolah-olah BN telah jahanamkan TH sehingga TH perlu jual saham mereka untuk elak bankrap.

Pada 11 Disember 2018, saya telah menyoal langkah PH ini dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah yang akan membahayakan TH.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155762589290952/

Saya terbukti betul kerana pada 14 Disember 2018, media bisness melaporkan bahawa para pelabur telah mula menyebarkan satu senarai dengan saham-saham yang dimilik oleh TH supaya mereka senang untuk menjual secara lambak.

14 Dec 2018: Investors exit stocks linked to beleaguered Tabung Haji
https://themalaysianreserve.com/2018/12/14/investors-exit-stocks-linked-to-beleaguered-tabung-haji/

Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu.

““Investors will be very cautious. There are lists going down. We ourselves circulated a list of counters that are substantially owned by TH. People want to sell before TH sells”

Oleh itu, semua pelabur pun jual saham-saham tersebut dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH terus jatuh sebelum TH ada peluang untuk jual.

Sampai masa TH jual, nilai saham yang dimilik mereka sudah jatuh teruk kerana semua pelabur-pelabur lain sudah jual sebelum TH jual.

Akibatnya, TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018 dan terus turun lagi pada suku pertama tahun 2019 dalam keadaan pasaran saham kita yang menjadi paling corot dalam dunia.

Oleh itu, defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 yang mula-mula PH tuduh kita terlebih bayar dividen menjadi defisit yang memerlukan kerajaan PH memerlukan RM17.8 bilion wang Rakyat untuk bail-out.

Bukan itu sahaja, pencarum TH juga menarik diri akibat propaganda PH apabila jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta dari RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4 TH.

Ini memaksa TH untuk menjual lagi saham untuk menebus caruman yang ditarik keluar walaupun dalam pasaran saham paling corot dalam dunia dan nilai saham yang dimilik TH sudah menjunam.

Berpuluh tahun BN jaga TH dan membayar Hibah tinggi, tak pernah berlaku situasi seperti ini sehingga memerlukan bailout puluhan bilion.

Sekali lagi, ini membuktikan bahawa kerajaan PH suka membuat benda yang akhirnya menyusahkan Rakyat.

Tetapi PH akan salahkan BN juga untuk bail-out RM17.8 bilion ini walaupun ianya jelas adalah angkara dan propaganda tidak cerdik mereka.

Dan itulah sebab PH tidak akan berani buat RCI untuk Tabung Haji walaupun tuduh BN curi berpuluh bilion dari TH kerana mereka takut akan dikantoikan menipu lagi seperti dalam kes “BN rompak RM19.4 bilion wang GST”.

PH tidak mahu Rakyat tahu bahawa TH musnah kerana mainan propaganda menipu mereka.

5

LIMA CARA UNTUK BISA “TAHU DIRI”

Berikut 5 cara untuk ‘Muhasabah Nafsiyyah (mengetahui / kenal diri) dan cara agar kita punyai sifat/sikap Tawadhu, yaitu dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali berkata:

  1. Apabila engkau melihat orang yang masih muda, maka katakan dalam hatimu, ‘Orang ini belum banyak durhaka kepada Allah sedangkan aku sudah banyak durhaka pada Allah. Tidak diragukan lagi orang ini lebih baik dariku’.
  2. Apabila engkau melihat orang yang lebih tua, katakan dalam hatimu, ‘Orang ini sudah beribadah sebelum aku, dengan begitu tidak diragukan lagi bahwa dia lebih baik dariku’.
  3. Apabila engkau melihat orang alim (berilmu), katakan dalam hatimu, ‘Orang ini sudah diberi kelebihan yang tidak diberikan kepadaku. Dia menyampaikan suatu kebaikan kepada orang lain sedangkan aku tidak menyampaikan apa-apa. Dia tahu hukum-hukum yang tidak aku tahu. Maka bagaimana mungkin aku sama dengannya?’
  4. Apabila engkau bertemu dengan orang bodoh, kurang ilmu dan wawasan, katakan dalam hatimu, ‘Orang ini durhaka kepada Allah kerana ketidaktahuannya sedangkan aku durhaka kepada Allah dengan pengetahuanku. Maka hukuman Allah kepadaku lebih berat dibanding orang ini. Dan aku tidak tau bagaimana akhir hidupku dan akhir hidup orang ini’.
  5. Apabila engkau melihat orang kafir, maka katakan dalam hatimu, ‘Aku tidak tahu, boleh jadi dia akan masuk Islam dan mengisi akhir hidupnya dangan amal kebaikan, dan dengan keislamannya itu dosa dosanya keluar dari dirinya seperti keluarnya rambut dari timbunan tepung.

Sedangkan aku, boleh jadi tersesat dari Allah (karena ujub memuja diri dan memandang rendah orang lain) dan akhirnya menjadi kafir, dan hidupku berakhir dengan amal buruk. Orang seperti ini boleh jadi besok menjadi orang yang dekat dengan Allah dan aku menjadi orang yang jauh dari Allah’.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran,
“Maka janganlah engkau menilai dirimu lebih suci (dibanding orang lain). Dia (Allah) lebih tahu siapa orang-orang yang bertakwa.”
(Surah an-Najm ayat 32)

Wallahu a’laam